Tarikh : 4hb - 6hb Oktober 2019
Masa : 8 pagi - 10 malam
Lokasi : Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
Sebuah Karnival yang berkonsepkan mass infotainment melalui aktiviti kecergasan, persembahan, pameran, kaunter perkhidmatan, jualan am, pelbagai pertandingan dan aktiviti kanak-kanak, kebudayaan dan demonstrasi secara santai.
Karnival Putrajaya pada asalnya dikenali sebagai Karnival Komuniti dan dilaksanakan secara bersama dengan Pesta Air Putrajaya. Memandangkan kedua-dua program mendapat sambutan yang baik dan boleh berdiri dengan sendirinya maka pada tahun ini Karnival Komuniti dilaksanakan secara berasingan dengan Pesta Air dan dikenali sebagai Karnival Putrajaya 2019.
Objektif Karnival Putrajaya ini adalah bagi memupuk semangat kebersamaan dan kesukarelawan di kalangan komuniti melalui penganjuran program dan pengisian aktiviti karnival serta menambahbaik lagi interaksi sosial, persefahaman, kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk melalui penyertaan yang aktif.
Karnival Putrajaya telah diadakan secara bersama dengan Putrajaya Open Day (POD) dan dikenali sebagai HARI TERBUKA DAN KARNIVAL PUTRAJAYA 2019.